Pengenalan kepada Akhlak

PENGENALAN

             Akhlak sering dikaitkan dengan perbuatan manusia, ini kerana akhlak seseorang itu mencerminkan keperibadian seseorang manusia. Tanpa akhlak di dalam diri, maka rosak dan runtuhlah kehidupan sesebuah masyarakat. Akhlak yang baik akan menyebabkan manusia hidup dalam keadaan aman, harmoni dan makmur. Manakala akhlak yang buruk akan menyebabkan manusia hidup dalam keadaan yang dibenci, dicaci dan sebagainya. 


PENGERTIAN

           Seperti yang kita ketahui, akhlak membawa kepada pelbagai makna dan maksud. Akhlak dari segi bahasa ialah khulq yang membawa maksud perilaku,perangai dan sebagainya.

           Manakala, akhlak dari sudut istilah yang menurut Imam Al-Ghazali ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Selain itu, Ibnu Maskawih menyatakan akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendukung untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan akal terlebih dahulu. 


KONSEP PEMBENTUKAN AKHLAK 

1. Ilmu pengetahuan 

    Akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah ( akhlak yang terpuji )  dan akhlak mazmumah ( akhlak yang keji ). Al-quran dijadikan sumber rujukan utama untuk manusia  menimba ilmu pengetahuan dan  mempelajari serta mencontohi akhlak yang mulia untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, As-sunnah juga turut menjadi panduan dan rujukan untuk manusia mencontohi akhlak rasullullah SAW. 

2. Membiasakan diri untuk melakukan kebaikan

    Meninggalkan segala larangan Allah seperti meminum arak, mencuri, iri hati dan segala tindakan yang akan merugikan diri sendiri serta orang lain dan mengamalkan sifat Al-Hamidah yang merupakan Akhlak Baik sebagai contoh jujur(Ash-Shidqu),malu(Al-Haya'),rendah hati(At-Tawadlu') dan lain-lain lagi yang sama persis dengannnya.

3. Mendekatkan diri dengan orang yang budi pekertinya

    Manusia amat mudah untuk dipengaruhi oleh orang sekeliling yang merupakan tunjang utama dalam membina sebuah masyarakat yang berakhlak. Contohnya,apabila seseorang itu melakukan kebaikan seperti solat di awal waktu.maka orang yang melihat akan cuba untuk menerapkan amalan itu dalam kehidupan seharian.

4.  Mencontohi kegiatan dan amalan Rasulullah SAW

    Sebagaimana kita tahu Rasulullah SAW merupakan salah satu utusan yang mempunyai budi pekerti serta akhlak yang mulia dan tinggi.Beliau dikenali sebagai Al-Amin kerana beliau mempunyai sifat yang terpuji seperti amanah.Melalui sifat ini kita dapat mencontohi sifat baginda dan menerapkan dalam rutin harian kita.



PERBEZAAN ANTARA AKHLAK,MORAL DAN ETIKA

  i. Akhlak

     Secara terminologi bererti tingkah laku dan perbuatan seseorang yang didorong oleh suatu keinginan secara sedar dalam usaha untuk melakukan kebaikan. Akhlak dapat ditentukan menggunakan ukuran Al-Quran dan As-Sunnah dalam menentukan baik serta buruknya perlakuan itu.Tiga pakar di bidang akhlak iaitu Ibnu Miskawih, Imam Al-Ghazali dan Ahmad Amin mengatakan bahawa akhlak adalah perangai yang melekat pada diri seseorang yang dapat memunculkan perbuatan baik tanpa mempertimbangkan fikiran terlebih dahulu.

  ii. Moral

     Perkataan moral itu sendiri berasal dari bahasa latin iaitu mos atau moralitas, yang bererti adat isitiadat yang menjadi dasar untuk mengukur apakah perbuatan seseorang baik atau buruk.Ini dapat dikatakan baik buruk suatu perbuatan secara moral ialah bersifat lokal.Konsep ini dapat digunakan dalam konteks, iaitu hati nutani, sistem-sistem prinsio dan pertimbangan dan tatalaku.Moral secara peribadi dapat dtakrifkan dan dibezakan dengan niat,motivasi, atau perilaku yang betul dan salah, sepertimana yang diajar,dilahirkan, atau diperkembangkan di dalam setiap orang perseorangan.

  iii. Etika

      Etika menurut Yunani Kuno "ethikos" , bererti timbul dari kebiasaan adalah sebuah sesuatu di mana dan bagaimana cabang utama filsafat yang mempelajari nilai atau kualiti yang menjadi sumber rujukan mengenai standard dan penilaian moral.Etika merangkumi analisis dan penerapan konsep seperti benar, salah, baik, buruk, dan tangunggjawab.Etika terdiri daripada tiga pendekatan, iaitu etika deskriptif, etika normatif, dan metaetika.Etika yang biasa digunakan adalah etika deskriptif yang merupakan adat kebiasaan,beranggapan baik dan buruk, serta tindakan yang diperbolehkan dan tidak diperbolehkan.

TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM AKHLAK ISLAMIYYAH

1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Imam Miskawaih

PROFIL IMAM AL GHAZALI













Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-thusi beliau juga dikenali dengan nama panggilan beliau iaitu Abu Hamid tetapi beliau dikenali dengan nama al-Ghazali. Imam al-ghazali dilahirkan pada tahun 450 hijrah yang bersamaan dengan 1058 masihi di Thus iaitu disebuah bandar di Khurasan yang terletak di Iran. Imam al-Ghazali telah belajar menulis dan membaca dengan rakan bapa beliau yang diamanahkan oleh bapa beliau sendiri. Diantara bidang imam al-Ghazali ialah bidang Tasawuf, akidah ,fiqh dan usul dan sebagainya. Imam al-Ghazali juga telah dilantik oleh pemerintah untuk mengajar di madrasah Nizamiyyah yang terletak di Baghdad pada tahun 484H hingga 488H. Beliau wafat di Thus pada hari isnin iaitu 14 jamadilakhir 505H yang bersamaan dengan 19 Disember 1111. Antara karya terkenal beliau ialah Ihya' Ulum Al-Din. 

PEMIKIRAN AKHLAK  DARIPADA PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI 

  Imam Al-Ghazali membahagikan akhlak kepada dua jenis iaitu, akhlak yang baik (mahmudah) dan akhlak yang buruk (mazmumah).Dalam Ihya' Ulum al-Din, Imam al-Ghazali membincangkan tentang akhlak yang menghancurkan (muhlikat) dan akhlak yang menyelamatkan (munjiyat).

  Akhlak yang buruk adalah seperti rakus semasa makan(gelojoh),banyak bercakap, dengki,kikir, cinta dunia,sombong,ujub dan takbur serta riak.Manakala akhlak yang baik adalah seperti taubat,khauf,zuhud,sabar,syukur,ikhlas, dan jujur,tawakal,cinta,reda dan ingat mati.Seseorang itu mestilah membiasakan dirinya dengan budi pekerti yang baik dan meninggalkan perilaku yang buruk melalui bimbingan dan latihan daripada pelbagai pihak.

  Selanjutnya,Imam al-Ghazali mengatakan bahawa semua etika keagamaan mungkin tidak dicapai untuk diterapkan ke dalam hati nurani sebelum jiwa itu sendiri dibiasakan dengan kebaikan dan meninggalkan perkara buruk yang menjadi kebiasaan.Nilai-nilai moral dan etika keagamaan sewajarnya mengalir dalam darah daging dan menjadi perilaku,bahkan kesedaran dan keinsafan pada diri sendiri.

PROFIL IBNU IMAM MASKAWAIH



















Nama diberi Abu Ali Ahmad Muhammad Ibnu Yacub Ibnu Miskawaih.Beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Maskawaih yang diambil dari nama datuknya yang beragama majusi kemudian menganut agama islam.Dilahirkan di kota Ray,Iran pada tahun 330 H/9M beliau wafat di Asfahan pada tanggal 9 safar 421H/16 Februari 1030 M.Beliau adalah ilmuan yang berfikiran tajam  dalam pelbagai akademi dan pengetahuan ilmiah.Beliau adalah ilmuan dalam bidang biologi,merupakan ilmuan pertama yang menemukan tentang tumbuhan secara umum serta membahaskan tentang evolusi.Ibnu Maskawaih adalah seorang tokoh falsafah islam yang masyhur,pengetahuannya tentang kebudayaan Roamawi,Parsi, dan india serta falsafah Yunani sangat luas.Antara hasil karya beliau adalah Tartib al-Sa'adat(tentang akhlak dan politik)


PEMIKIRAN AKHLAK DARIPADA PANDANGAN IBNU IMAM MISKAWAIH

Menurutnya, akhlak ialah keadaan jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa sedar. Menurut beliau akhlak terbahagi kepada dua.iaitu jika akhlak itu lebih kepada kearah keburukkan ia dikenali sebagai sayyi'ah manakala jikalau akhlak yang baik dikenali sebagai hasanah.Tambahan lagi,beliau berpendapat jiwa terbahagi kepada dua iaitu jiwa yang berasal daripada tabiat dan yang kedua ialah jiwa yang dapat dilatih serta dibiasakan. Pada dasarnya, manusia memerlukan pendidikan akhlak untuk menjaga dan melatih jiwanya sehingga sesuai dengan fitrahnya iaitu kebaikan.  

Jadi, benarlah, sekiranya ibnu miskawaih mengatakan bahawa akhlak merupakan hal nafs iaitu keadaan jiwa yang muncul daripada pelbagai macam sifat samada baik atau tidak baik. 

sekian terima kasih

SUMBER RUJUKAN 

1. https://medium.com/@pengajianislam/bab-4-konsep-akhlak-islamiah-dd300295802e

2. https://id.m.wikipedia.org/wiki/Akhlak

3. https://id.m.wikipedia.org/wiki/Etika

4. https://dalamislam.com/akhlaq/akhlak-dalam-islam

5. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24076/Article_11.PDF

6.http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/050-BICARA-AKHLAK-DALAM-PERIBAHASA-ARAB-DAN-MELAYU-TINJAUAN-UMUM.pdf

7.https://scholar.google.com.my/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1&q=Konsep+pembentukan+akhlak&btnG=

Comments

Popular Posts