SIFAT MAHMUDAH: TAUBAT




 TAUBAT 




"Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan." Surah As-Syura ayat 25 

MAKSUD TAUBAT 

♡ Taubat bermaksud kembali taat kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-           sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan tidak kira dosa besar atau dosa kecil serta           memohon keampunan daripada Allah SWT 


HUKUM BERTAUBAT 

♡  Wajib bertaubat kepada Allah tidak kira dosa besar atau dosa kecil.
♡  Wajib meminta maaf jika dosa tersebut berkaitan dengan manusia.


JENIS-JENIS TAUBAT 

1. Taubat Al-Inabah 
  Taubat kerana kerana perasaan takut kepada Allah disebabkan kekuasaan-Nya dan keesaan-Nya.

2. Taubat Al-Istijabah 
  Taubat kerana perasaan malu kepada Allah yang Esa. 

CARA-CARA BERTAUBAT 

♡  Menyesal dan berazam supaya tidak akan melakukan dosa yang sama.
♡ Beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT
♡ Membuat kebaikan dan perkara yang diredhai oleh Allah 
♡  Bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT 
♡  Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat 

SYARAT-SYARAT BERTAUBAT 

♡ Meninggalkan segala perbuatan maksiat.
♡ Berniat untuk meninggalkan maksiat dan dosa tersebut dan berazam untuk tidak mengulangi dosa        yang sama.
♡ Menyesali segala perbuatan dan dosa yang telah dilakukan.
♡ Menyesali dosa yang lalu kerana takut kepada Allah dan bukan kerana orang lain.
♡ Meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan dan kezaliman terhadap orang lain.

TUJUAN BERTAUBAT

♡ Supaya dapat mempelihara diri daripada dosa.
♡ Agar segala ibadat yang dilakukan akan diterima oleh Alllah SWT.
♡ Dapat mensucikan hati.
♡ Supaya mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat.
♡ Mendapat hidayah daripada Allah SWT
♡  Supaya jiwa akan menjadi lebih tenang 

PERINGKAT ORANG YANG BERTAUBAT

Peringkat Pertama 
♡ Orang yang bertaubat dan istiqamah dengan taubatnya hingga ke akhir hayatnya.

Peringkat Kedua
♡ Orang yang bertaubat dan istiqamah dari melakukan dosa-dosa besar akan tetapi tidak terlepas           dari  melakukan dosa-dosa kecil sepanjang hidupnya. 

Peringkat Ketiga 
♡ Orang yang bertaubat dan istiqamah pada masa-masa tertentu kemudian melakukan dosa dengan        sengaja.

Peringkat Keempat 
♡ Orang yang bertaubat dan istiqamah untuk beberapa lama kemudian kembali melakukan dosa dan      maksiat tanpa merasa menyesal melakukan perbuatan tersebut.

CIRI-CIRI TAUBAT YANG DITERIMA 

♡ Orang tersebut kelihatan terpelihara dari melakukan maksiat dan kelihatan lebih bersih
♡ Orang tersebut kelihatan tenang dan lapang
♡Amalanya ke jalan Allah semakin meningkat
♡ Sentiasa menjaga percakapan dan lidahnya.

TAUBAT NASUHA
 Merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya dengan janji tidak akan mengulangi segala               dosa dan maksiat. 

CONTOH DOSA-DOSA BESAR YANG DIWAJIBKAN UNTUK TAUBAT NASUHA 

♡ Syirik kepada Allah
♡ Berzina  
♡ Lari dari perang 
♡ Memakan harta anak yatim 

CARA SOLAT SUNAT TAUBAT NASUHA


KESAN-KESAN BERTAUBAT 
♡ Dicintai Allah 
♡ Dihapuskan dosa 
♡ Mendapat ganjaran daripada Allah SWT 
♡ Diri lebih dekat dengan Allah 

SEKIAN TERIMA KASIH 

RUJUKAN 


Comments

Popular Posts