SIFAT MAZMUMAH: GEMAR MAKAN DAN MINUM



SIFAT MAZMUMAH: GEMAR MAKAN DAN MINUM 

HADIS DAN DALIL 

Nabi Muhammad SAW bersabda: " Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebihan) makan dan minum, walaupun yang halal,kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air" 



                              Image result for surah al a'raf ayat 31

Maksudnya: " Makan dan minumlah,dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" Surah al-A'raf Ayat 31" 

  

PENGERTIAN DAN DEFINISI 
  Makanan dan minumanMakanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti dan sebagainya manakal minuman ialah perbuatan meneguk atau menghirup sesuatu cecair seperti susu yang tidak perlu dikunyah.
 Syarrut ta'am: bererti banyak makan  atau terlampau banyak makan atau minum secara berlebihan.

HUKUM GEMAR MAKAN DAN MINUM ATAU MAKAN DAN MINUM SECARA BERLEBIHAN

   Dilarang untuk makan berlebihan


PUNCA DAN SEBAB GEMAR MAKAN DAN MINUM

Terlalu mengikut hawa nafsu
Tidak mengikut dan mempraktikan  sunnah Rasulullah
Waktu makan tidak tetap 
Sel otak merembes terlalu banyak dopamine iaitu bahan kimia yang memberi rasa seronok ketika makan


 KEBURUKAN DAN AKIBAT GEMAR MAKAN DAN MINUM KEPADA MANUSIA

♡ Seseorang itu akan menjadi malas dan selalu mengantuk akibat makan berlebihan
♡ Seseorang itu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah
 Akan lebih mudah untuk mendapat penyakit yang berbahaya seperti kencing manis,darah tinggi dan sebagainya
♡ Badan menjadi lesu dan cepat penat

 SEBAB-SEBAB GEMAR MAKAN DAN MINUM DILARANG  DALAM AGAMA

 Hati akan menjadi keras dan terhapus cahaya
 Menghilangkan kemanisan beribadah
 Hati mudah diruntun maksiat 
 Melemahkan akal dan ingatan


KESAN GEMAR MAKAN DAN MINUM UNTUK KESIHATAN

 Perut akan bermasalah
 Tubuh akan terasa panas
  Banyak gas yang akan tersimpan dalam tubuh
 Akan kerap merasa gelisah 

CARA UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA GEMAR MAKAN DAN  MINUM

 Sentiasa mengawal hawa nafsu
  Bersederhana dalam membeli dan memakan makanan dan minuman
  Mengamalkan sunnah setiap kali makan dan minum
 Berkongsi rezeki seperti makanan dan minuman dengan orang lain


KESIMPULAN

Sebagai umat islam kita haruslah mengawal hawa nafsu kita seperti nafsu ketika makan dan minum serta mengamalkan adab-adab makan dan mengikuti sunnah semasa makan serta minum. Dengan menjauhi sifat gemar makan dan minum kita bukan sahaja dapat menjaga kesihatan malah kita akan dikasihi oleh Allah SWT. 




RUJUKAN 

http://myatatyana84.blogspot.com/2014/10/jangan-berlebihan-dalam-hal-makan-dan.html?m=1
http://fenditazkirah.blogspot.com/2015/10/sifat-sifat-mazmumah-dan-sifat-sifat.html?m=1
https://www.sinarharian.com.my/article/30220/SIASAT/Bahaya-tabiat-makan-banyak
https://neuroversiti.com/kenapa-suka-makan/
https://m.liputan6.com/global/read/4000512/5-bahaya-yang-mengancam-apabila-anda-makan-terlalu-kenyang
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/4/DISERTASI_BAB_2_TERKINI__21.03.11..pdf

  

Comments

Popular Posts